Nura
memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00
pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh!
abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak
per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang
cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh
rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang
tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan
abang," luah Nura dalam hati.
"Abang
naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih
perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk
mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya
terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya
dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi
dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai
hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra,
tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati
kecilnya.
"Aargghh rindunya
Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang,
Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang,
Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".
Selesai
solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,
dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik
dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah
Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai
menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk
Ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?"
Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja,
dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah
sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura
menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.
"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi
Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."
-----------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat
pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah
kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini
kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan
Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah
aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat,
hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi
fishing,
kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang
cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah
sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa
sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.
sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.
"Well,
aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar
semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung
plan bangunan yang sedang direkanya.
-----------------------------------------------------------------------
Nura
membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat
manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri
sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun
mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini
Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan
diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa.
Nura menangis sepuas hatinya.
5
tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia
sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin
menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin
laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang
cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang
akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat
Nura,"janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy...
doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang
yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura
masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin
tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana
ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja.
Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa
dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia
sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya
zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk
membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden
dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
"Aku tak
tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
Mahu
mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi
terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah
Zikri.
“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah
saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini
perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.
"Entahlah
Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu
perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,
Dan
akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab
itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya
macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar
Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.
"Dan
kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak
angkat?"
"Anak
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan
zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan
kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin
lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.
---------------------------------------------------------------------
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi
Dengan
pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi
rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah
hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua
dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka
dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak
iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan
menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk
menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup
banyak untuk menjahit.
Selalunya juga
dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa
dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa
Pulang
ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk
pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.
Nura
tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah
ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh
syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.
Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada
abang.
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan
dengan
I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati
yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi
memancing.
Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang
teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah
Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi
Nura?
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,"
Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye
ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang
tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul
Membuatkan
Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit
demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg
rindunya Nura pada abang.
Disebabkan Nura terlalu sedih dan
kecewa, dia mengambil keputusan tidak
kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga
ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,
kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa
Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya.
Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali
ini dia ingin luahkan
segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.
segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.
Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada
manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia
Untuk
membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit
demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu
yang amat sangat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang
Akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa
Yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?
Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah
kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar
Dengan dia,
dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura
tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita
kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura
dan
tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian
menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi
risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah,
akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih
menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus
memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan
acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam
nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi
sekadar mengangguk.
sekadar mengangguk.
Tetapi
malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak
makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah
tidak tahan lagi.
Abang
pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang
abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga
dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu
disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni,
Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa
izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.
izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku, boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak
kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
-----------------------------------------------------------------------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya
tersenyum
penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu
hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa
yang Dia lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan
Berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana
Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam
Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam
Saudara
sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau
tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh
Jantung mendengarkan penjelasan
itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa
Pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan
jugak,
dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu
dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana
mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat
sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji
Hilmi.
Hilmi.
Nura
sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka.
Nura terlalu kecewa.
----------------------------------------------------------------------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang
dikepala,
sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan
Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar
masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak
Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak
Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection
Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura
mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.
mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.
Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang
Sudah
bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati
bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang
Cuma sekadar berkawan sahaja.
Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi.
Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi.
Kesal
kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan
akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak
Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
-----------------------------------------------------------------------
"Mama
kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan
Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari
tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan
pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan
pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor
mengarahkan supaya Nura hanya berehat
dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan
sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
bimbang berlaku
pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah
pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah
Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa
beberapa
minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali,
namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu,
apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam
kemudian doctor keluar.
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar,
kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat
anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba
Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini,
dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan
darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus
berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.
berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil
membelai
dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas
menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia
Syuhadah.
Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat
demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi
comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah
kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi,
semalam
dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa
suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.
Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik
air.
air.
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.
"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
-----------------------------------------------------------------------
"Maaf
dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan
kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan
Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah
selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis
seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu,
seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi
untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
Abang yang Nura rindui,
Abang
maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik
buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh
meninggalkan abang, Nura tak harapkan
Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.
Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.
Nura
rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan
Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan
sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya.
Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah
makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura
cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa
terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang
cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang
redha sebagaimana Nura redha.
Syukurlah
sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai
nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai
Apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura
harap
abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan
biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan
mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik
dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur
hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah
permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang
penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak
berkesempatan, dan
berkesempatan, dan
Walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang.....
Rindu bang... rindu sangat....
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi
melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia
amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga
sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu
sayang.. bisik hati Hilmi.
No comments:
Post a Comment