"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi..."
NILAH KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN, ERA AKHIR ZAMAN.. BACALAH, MOGA MENJADI QUDWAH BUAT ANDA YG INGIN MENJADI SOLEHAH
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian
tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk
perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk
bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya
diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur
keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga
yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak
kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis,
Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang
bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia
di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah
bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih
bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan
asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini
Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil
Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina,
namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya,
berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan
taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya,
Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf
Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih
tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah
menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu
Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama
Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam
sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi
jejak langkahmu. Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg
diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri
pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi
Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2.
Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah
mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah
sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan
menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah
yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,Cukuplah
rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak
terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin
dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang
dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah...Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah
isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah
bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah
bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar,
tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
No comments:
Post a Comment