Wednesday, May 2, 2012

Martabat Wanita Dan Kemuliaan Wanita Solehah



Assalammualaikum...indahnya hari ini...cuaca yang cukup baik sekali... memberi aku mood yang baik punyer nak update blog yang x seberapa nak indah ni.hehe..yang penting tak lah ia berhabuk kan..haha...kali ni nak cerita skit pasal Martabat Wanita Dan Kemuliaan Wanita Solehah untuk dikongsikan dengan semua... mungkin ada kebaikkan utk para wanita..

   Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain. Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama sejauhmana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan pelbagai kelebihan. syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : " Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja dikehendakinya."  ( HR Abu Nu'aim ).

   Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dan pintu mana saja tanpa hisab. " ( Muttqfaq Alaihi ).

  
   Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : " Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca " Alhamdulillah 'alakulli haalin waastaghfirullaha min kulli zanbin " maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya. " ( Kutubus Sittah ).

   Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda : " Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya. "

   Ada sebuah riwayat menyatakan bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : " Wahai isteriku, janganlah engkau sekali-kali meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali. " secara kebetulan ayahnya menderita sakit maka wanita tadi mengutuskan seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu : " Agar dia mentaati suaminya " Demikian pula wanita itu mengutuskan utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi s.a.w yang bermaksud  : " Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. " ( Muttqfaq Alaihi )

   Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

   Oleh sebab itu, wanita mempunyai kelebihan tersendiri. Maka Allah memulakan mereka dengan melarang wanita-wanita melakukan perkara-perkara berikut :

 1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman hiduplah dengan apa yang kamu suka.

 2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

Islam sejak mulanya memang telah memuliakan wanita. Wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki, ia terdiri sama tinggi untuk mengabdi kepada ilahi rabbi. kedua makhluk ini dijadikan sepasang untuk saling melengkapkan satu sama lainnya. Tiada satu celah diakrimatif yang patut diperbincangkan sama ada dalam taraf bermasyarat ataupun bernegara sebab hal ini tidak menafikan kemampuan semulajadi yang dimiliknya.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...