Thursday, May 3, 2012

Tips untuk kulit sihat

Assalammualaikum...malam ni mood baik skit.. Nak share tips tips baik punye untuk kulit kita.. Heee... Sy pun amalkan k..kadang2 malas lah juga..haha...


Peranan makanan pada kulit....

Kulit yang bersih dan halus akan membiaskan solekan yang sempurna. Ada baiknya kita melaburkan wang untuk mendapatkan kulit sihat sebelum membeli pelbagai alat solek berjenama mahal. Ini kerana, solekan 'mahal' tidak akan bermakna malah nampak 'murah' jika dikenakan pada kulit kasar, berminyak apatah lagi berparut.


Namun,mendapatkan kulit yang sihat bukan hanya bergantung pada penggunaan krim, losen mahupun vitamin semata-mata. Bahkan, pemakanan harian yang seimbang dan berkhasiat serta diamalkan sejak awal ( usia kanak-kanak ) turut membantu mendapatkan kulit sempurna.


Dua jenis makanan paling baik untuk kulit ialah sayur dan buah. Sayur dan buah yang dimakan secara segar mempunyai kandungan serat yang tinggi, rendah lemak dan tidak mengandungi gula atau garam tambahan. Semua ini membantu menyediakan vitamin dan mineral semulajadi yang sangat-sangat diperlukan untuk kecantikkan kulit.


1~ perkara paling asas untuk memastikan kesihatan dan kehalusan kulit ialah air. Walaupun makanan yang anda ambil turut mengandungi air, anda dinasihatkan untuk meminum air putih sekurang-kurangnya dua litet sehari untuk memastikan kulit sihat dan bersih.


2~ 'Cellulose carbohydrate' atau juga dikenali sebagai makanan berserat membantu memperbaiki kompleksi kulit dan menjadikannya lebih cerah dan licin.


3~ Vitamin A sangat penting untuk perkembangan dan pemulihan tisu kulit. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan masalah kekeringan, pengelupasan dan kedutan. Untuk memastikan anda mendapat vitamin A yang mencukupi, lebihkan pengambilan lobak merah, bayam, brokoli dan aprikot.


4~ Vitamin C pula diperlukan untuk penghasilan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit. Vitamin C banyak terkandung pada strawberry, buah-buahan sitrus, kobis, tomato dan selada air.


5~ Vitamin E adalah vitamin antioksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan kulit lebih mudah diserang masalah penuaan. Demi membantu memingkatkan pengambilan vitamin E, anda boleh mengamalkan pengambilan buah badam, hazelnut dan gandum.


6~ Zink saling bekerjasama dengan vitamin E untuk menghasilkan kolagen dan elastin. Zink membantu kulit lebih tegang, kuat dan lembut.


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat membantu menjadikan kulit lebih cantik........ 


Cdt 2 rapi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...