Apakah
Bala Allah Hampir Tiba
Ibnu
Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah
sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji
dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi
kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak
menemui zaman itu.”
Perkara-perkara
itu ialah:
1.
Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka bernai terus-terang
melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha’un)
dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat
terdahulu.
2. Dan
tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam
perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan
mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
3. Dan
tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air
hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi
hujan oleh Allah SWT.
4. Dan
tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan
menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang
ada di tangan mereka.
5. Dan
apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung
dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan
menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.
Penerangan
Hadis:
Marilah
kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan
masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang
kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh
Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman. Hakikat yang perlu kita teliti ialah,
adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau
sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita
bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan
RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat
dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan “Bukan
hal aku”. Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita
selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong
dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah.
Wallhu’alam.
Sumber: http://penjagakubur96.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment