Masalah
Belanja Kahwin Mahal
by ADMIN on MARCH 21, 2012
Assalamualaikum
uzar,
InsyaAllah
saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam
situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan
kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga
kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan
majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa
kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang
mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang
pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini
mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang
singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas
ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika
meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran
lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?
Saya
juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak
diberkati majlis saya nanti.
Oleh
kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati
lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda
ingin tahu
JAWAPAN
Alhamdulillah
dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh
Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
1.
Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu
tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal
kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan
yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah
dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan. Walaupun nilai hantaran
dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah
suatu yang terbaik.
Dinyatakan
bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan
menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn
Hibban)
Dalam
sebuah hadis lain :
خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas
kahwinnya (Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga
hadis yang lain berbunyi :
إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang
kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks
Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua
belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti
hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing.
2.
Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar
bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang
dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka
harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang
untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut
perancangan kewangan.
3.
Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan
simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia
menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara
riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh
bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi
kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada
masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang
berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari
sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di
kemudian hari.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
No comments:
Post a Comment